Rabu, 12 Mac 2014

MH370

SEPANG - Polis mengenal pasti warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja Iran berusia 19 tahun itu telah menggunakan pasport curi milik lelaki Austria, Christian Kozel, 30, untuk menaiki pesawat tersebut dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada awal Sabtu lalu bersama seorang rakannya. Rakannya itu pula menggunakan pasport curi milik lelaki Itali bernama Luigi Maraldi, 37. Difahamkan identiti pemegang pasport curi Itali itu ialah Delavar Syed Mohammad Reza, 30, juga disahkan warga Iran. Polis masih menyiasat hubungan kedua-dua lelaki itu yang menggunakan pasport palsu. Berikutan itu, menurut beliau, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan yang diketahui oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2vi4FS6f4 Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan: